TIPS: Cemerlang di Matrikulasi
Salam pembaca. Ye, memang saya nak kongsikan beberapa tips untuk kamu dan kamu yang berjaya terpilih ke program matrikulasi. OMG! saya sangat merindui 1 tahun yang sangat besttt di KMJ (kolej matrikulasi johor, tangkak). ;-P
Matrikulasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrik ni jugak dikenali sebagai program laluan pantas (fast-track). Kiranye dalam usia 19 tahun, kamu kalau cemerlang layak memasuki program ijazah aliran sains (3 -4 tahun kecuali perubatan/perubatan veterinar 5 tahun) dan selepas tamat belajar, kamu bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda remaja, yeay 21-22 tahun.. oh! tak macam saya 24 tahun baru nak keje sebab ambik perubatan veterinar. bercinta dengan buku dan haiwan-haiwan selama 5 tahun. sigh~
Actually subjek dimatrik sama macam kamu belajar semasa di SPM, cume advance sikit. Ada 3 aliran kat matrik: Hayat/ Fizikal/ Akaun. Sila baca entry ini dengan perasaan ilmiah sekali okay.
1. Suasana di Matrikulasi
Sangat berbeza dengan SEKOLAH. Okay, kamu boleh lupakan zaman sekolah menengah dimana kamu dibantu oleh guru-guru, tuisyen kampung kat sekolah, tuisyen sana sini sampaikan hari-raya pun kene pergi tuisyen. Sebab di matrik kamu sememangnye diuji untuk belajar berdikari dari semua segi. Kalau korang dari sekolah berasrama mungkin tak jadi masalah sebab dah biasa berjauhan dari family. Tapi kalau tak biasa, sure masalah homesick ni yang buat sesetengah student tak boleh pay attention kat matrik. Kamu mungkin boleh berbangga dengan 10 A+ segala bagai semasa SPM, tetapi melalui pengalaman saya, ramai scorer spm tak perform semasa di matrikulasi. sebab ape? besar kemungkinan mereka terlalu mengharapkan bantuan tuisyen yang saya bagi tahu tadi semasa di sekolah dan apabila tiba di matrik..diorang macam ala-ala patah kaki. tapi bukan semua yer..segelintir dan ia berlaku. Tak tipu!
2. Lecture
Oh! di matrik kamu akan belajar di dewan kuliah seperti di universiti. Bukan lagi di meja dan kerusi kayu. Kelas dipanggil Praktikum. Cara kuliah diberi memang macam di universiti. Lecturer di depan bersama projector/power point dan terpulang pada korang nak salin/dengar/bawak recorder/ponteng/tido. sebab semuanya terpulang pada korang. Siapa cepat dia dapat..siapa lambat sure tertinggal. Memang kita boleh study dalam buku, tapi explanation daripada lecturer tu yang penting dan tak sama macam dalam buku. Sebab dimatrikulasi korang cuma diberi 2 semester sahaja, dan silibus banyak nak cover. so pikir-pikir yer adik-adik.
3. Tutorial
Saya sangat suka tutorial. Inilah masa yang paling baik untuk kita catch up semula pelajaran yang dah tertinggal semasa kuliah. BETUL. Usually lecturer akan bagi satu buku latihan tutorial untuk setiap subjek kimia/matematik/biologi/fizik. SILA BUAT TUTORIAL ANDA DENGAN RAJIN. eh emo pulak. Maksudnye sebelum kelas tutorial tu, korang dah siap latihan untuk tajuk yang nak dibincangkan pada hari itu. Time nilah korang boleh tanya lecturer if tak paham terutama kimia dan matematik. Rase-rasenyer kalau buat tutorial ni insyallah mudah nak jawab exam nanti.
4. Ko-kurikulum
Jangan ingat kat matrik korang hanya belajar jer. Actually korang kene juga involve dalam activiti ko-k. is either sukan/kawad kaki/keusahawan. Oh! praktikum ku dulu kene kawad kaki. yes! kena berkawad tengah panas, kene jerit dengan tentera ~sigh..tapi best gile sebab aktiviti macam ini yang buat korang rapat dengan praktikum-mate korang. seyes! Tapi yang penting korang kene tau priority ke matrikulasi. Belajar tu tetap no 1. Banyak juga student yang terlampau aktif dengan aktiviti luar/ko-k sampai pelajaran sedikit terabai. Sekali lagi saya ulang..Matrik hanya 1 tahun. Tak banyak masa okay.
5. Mind setting:
hayat=medic, fizikal=engin
Ya! saya tak tipu. Saya tak pernah terpikir untuk menjadi seorang Doktor Haiwan semasa dibangku sekolah. Tapi yang saya tahu, saya sangat suka/cinta kan kucing sejak kecik lagi. Meooow~ tapi bila dah masuk matrik, mind set tu develop dengan sendirinya. Majoriti student aliran Hayat akan berkata-kata mereka mahu amik medic course dan budak-budak aliran fizikal pula akan amik engineering course bila kat u nanti. Actually, itu sume terpulang kepada cita-cita dan RESULTS korang. Zaman dulu kala, kalau dapat 3.6+ dah boleh buat medic. Sekarang tak lagi..kalau tak dapat 4 flat, peluang nak buat medic course kat IPTA tu macam mimpi mimpi di siang hari je okay. Selepas keputusan akhir diumumkan, korang boleh nilai sendiri CGPA korang tu sesuai ambik program apa di IPTA nanti. Ukur baju di badan sendiri. Kalau boleh pelbagaikan program dan universiti semasa buat permohonan UPU tu okay. Banyak kes "lelong" berlaku. Dan ini terjadi pada member-member saya juga semasa di matrik. Tapi korang rock! walau dapat kos yang korang tak minat pun, korang survive jugak. cayalah.
6. MUET
Salah satu syarat wajib untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah adalah MUET. Muet ni actually kena lah bagi lulus, at least band 3. But some program di universiti menetapkan tahap band MUET nih. Medic usually nak at least band 4 or 5. so kalau korang dapat 4 flat, tapi MUET band 3, insyallah still dapat buat medic, tapi korang kene amik extra english subject semasa di U nanti.
7. PTS (penilaian tengah semester)
Selalunya di pertengahan semester akan diadakan peperiksaan untuk subjek teras fizik/kima/biologi/matematik. Actually exam nih kira macam carry mark lah untuk dicampurkan pada final exams nanti. Penting jugak sebab ia sangat membantu.
8. Bergembira lah di matrik
Saya tak tau lah orang lain. Tapi saya sangat suka pengalaman 1 tahun di KMJ dulu. Banyak benda saya belajar. Memandangkan saya dulu sekolah perempuan, so pada mulanya susah gak nak get involve dengan guys. Tapi semua tu leh diatasi sebab dak laki bijak dan smart bila belajar. Korang jangan nak feeling2 je time kat matrik. CURI cara belajar budak2 scorer ni. Diorang tak perlu study sampai 4-5 pagi. Tapi diorang ada cara macam mana nak score walau jumlah masa study tu sikit. Buat baik dengan lecturer, kawan-kawan sepraktikum, kawan-kawan satu blog, satu kuliah dan makcik cafe yer..haha sure dia tolong reserve kan lauk untuk korang punyer. Oh! terliur bila teringat ikan keli cili padi dan begedel makcik cafe Abadi kat KMJ dulu. 5 starssss! I like bila tengok sume budak pompuan berebut begedel tu. hahah dak laki tak berani nak serbu rapat2 ..kang jadi kes lain lak!. Buat lah aktiviti lawatan ke ..picnic ke so that korang lebih akrab dengan prkatiku-mate, nak belaja pun rase macam 1 famliy.
di copy and paste :) hak bdk forum :D
ReplyDelete